Wednesday, May 23, 2012

Peperiksaan Setengah Tahun 2012

Peperiksaan setengah tahun bagi tahun 2012 sedang berjalan. Peperiksaan ini telah bermula pada hari Selasa, 22 Mei 2012 dan akan tamat pada 25 Mei 2012. Justeru itu, kami guru-guru SKDC mendoakan agar semua anak didik kami berjaya menjawab soalan dengan tenang dan betul.

Sambutan Hari Guru 2012

Pada 16 Mei 2012, Sekolah Kebangsaan Desa Cemerlang telah meraikan sambutan Hari Guru. Sambutan ini dilaksanakan dengan cukup meriah dan penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah



1.
Persembahan guru
Pn. Hairani daripada Rumah Biru sedang memulakan sebuah sketsa hasil medley lagu.
Hasilnya rumah Biru berjaya mendapat tempat pertama persembahan. Tahniah!

Raja pun keluar bersama dengan nenek.

Persembahan Rumah Kuning lagu Jimmy Palikat .

Keluar sudah jejaka berkereta.

Persembahan nyanyian harmoni Rumah Hijau.

Persembahan Rumah Merah yang berjaya meraih tempat kedua. (aci-aci buka pintu)

Cikgu berbakat rap lagu Untukmu nyanyian Najwa Latif feat Sleeq.



KEM MOTIVASI MURID TAHUN 6

Pada 2 dan 3 Mei 2012, telah diadakan kem motivasi bagi murid-murid tahun 6 yang bertempat di Kem Kaizen, Pontian Johor.  Kem ini bertujuan untuk memupuk semangat dan keazaman dalam diri murid-murid di samping mendisiplinkan murid-murid. Kem ini dijalankan selama 2 hari 1 malam. Seramai 83 orang murid tahun 6 telah mengikuti kem ini diiringi 5 orang guru SKDC.

Guru-guru sedang berbincang sebelum memulakan perjalanan ke Kem Kaizen.

Pembahagian murid-murid ke dalam kumpulan (ice breaking)

Murid-murid menyanyikan lagu 'Banana Open' sambil berjalan untuk melakukan untuk aktiviti 
'jungle tracking'.

Sentuhan hati untuk mengenang jasa kedua ibu bapa.

Murid-murid bersedia untuk melakukan aktiviti 'night walk'

Antara guru pengiring yang bersama mengikuti aktiviti 'night walk'

Guru pengiring bersama penceramah dan juga fasilitator.

Penantian yang mendebarkan sebelum melakukan aktiviti 'night walk'.

Menunggu giliran untuk dilepaskan.

Selamat tiba.... tetapi didenda pula kerana bising.

Menguji kepintaran dan kesepaduan.

Salah satu daripada halangan yang perlu ditempuhi.

Mask asli.

Bersantai menjadi 'sotong goreng tepung' sebelum membersihkan diri.



Sunday, December 5, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Desa Cemerlang telah beroperasi sejak 1 Disember 1995. Keluasan sekolah ini ialah 10 ekar. Sebelum sekolah ini dibuka, kawasan ini merupakan kawasan ladang getah yang dikenali sebagai Ladang Kock Keng. Sekolah ini terbahagi kepada tiga blok iaitu A, Blok B, dan Blok C. Kemudahan-kemudahan lain yang ada ialah sebuah kantin, tempat letak basikal untuk murid. Selepas enam bulan beroperasi sekolah ini telah berjaya mewujudkan beberapa bilik khas iaitu Bilik Gerakan, Bilik Kaunseling, Bilik Tayangan, Bilik Alat Bantu Mengajar, Galeri Sukan, Bilik Pemulihan, Bilik SPBT, Bilik SAL, Bilik Perkembangan Staf dan Surau. Terdapat sebanyak 15 buah bilik darjah telah disediakan. Selain itu, terdapat juga kemudahan luar bilik darjah seperti Taman Perpustakaan, Taman Buku dan Dataran Kreatif. Pada tahun 2001 sebuah Bilik Pendidikan Khas telah siap dibina. Pada tahun tersebut juga pihak sekolah telah membina tempat letak kereta untuk kakitangan sekolah. Pada pertengahan tahun, makmal komputer telah dibina bagi melaksanakan program celik komputer. Namun begitu, makmal ini masih belum beroperasi kerana bekalan elektrik belum  dibekalkan. Pada tahun 2002 pula Bilik Pra Sekolah telah dibina. Sekolah ini terletak dalam Zon Tiram. Jarak sekolah ini ke bandaraya Johor Bahru adalah 28 kilometer dan hanya mengambil masa 15 minit untuk tiba ke Bandar Ulu Tiram. Nama sekolah ini diambil bersempena nama taman perumahan iaitu Taman Desa Cemerlang. Pemilihan nama sekolah ini telah dibuat oleh Encik Saaim bin Nasran (Guru Besar Pertama).

HOT NEWS