Sunday, December 5, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Desa Cemerlang telah beroperasi sejak 1 Disember 1995. Keluasan sekolah ini ialah 10 ekar. Sebelum sekolah ini dibuka, kawasan ini merupakan kawasan ladang getah yang dikenali sebagai Ladang Kock Keng. Sekolah ini terbahagi kepada tiga blok iaitu A, Blok B, dan Blok C. Kemudahan-kemudahan lain yang ada ialah sebuah kantin, tempat letak basikal untuk murid. Selepas enam bulan beroperasi sekolah ini telah berjaya mewujudkan beberapa bilik khas iaitu Bilik Gerakan, Bilik Kaunseling, Bilik Tayangan, Bilik Alat Bantu Mengajar, Galeri Sukan, Bilik Pemulihan, Bilik SPBT, Bilik SAL, Bilik Perkembangan Staf dan Surau. Terdapat sebanyak 15 buah bilik darjah telah disediakan. Selain itu, terdapat juga kemudahan luar bilik darjah seperti Taman Perpustakaan, Taman Buku dan Dataran Kreatif. Pada tahun 2001 sebuah Bilik Pendidikan Khas telah siap dibina. Pada tahun tersebut juga pihak sekolah telah membina tempat letak kereta untuk kakitangan sekolah. Pada pertengahan tahun, makmal komputer telah dibina bagi melaksanakan program celik komputer. Namun begitu, makmal ini masih belum beroperasi kerana bekalan elektrik belum  dibekalkan. Pada tahun 2002 pula Bilik Pra Sekolah telah dibina. Sekolah ini terletak dalam Zon Tiram. Jarak sekolah ini ke bandaraya Johor Bahru adalah 28 kilometer dan hanya mengambil masa 15 minit untuk tiba ke Bandar Ulu Tiram. Nama sekolah ini diambil bersempena nama taman perumahan iaitu Taman Desa Cemerlang. Pemilihan nama sekolah ini telah dibuat oleh Encik Saaim bin Nasran (Guru Besar Pertama).

No comments:

Post a Comment


HOT NEWS